Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Selepas Dituduh 'Kaki Clubbing', Pendebat Terbaik Asia Ini Difitnah Jadi Pelakon Video Lucah Pula


Sebelum ini, kecoh di laman sosial sejak minggu lal beberapa keping gambar yang mendakwa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di kelab malam dan perkara itu telah pun dijawab oleh beliau melalui laman Facebooknya.

BACA: Dituduh Kaki Clubbing, Ini Jawapan Dari Pendebat Terbaik Asia dari UIA, Syed Saddiq

Menurut Syed Saddiq itu bukanlah kali pertama beliau diugut oleh beberapa pihak yang tidak berpuas hati di mana mereka cuba untuk menggertak dan mendiamkannya.

Terbaru, selepas kes gambar disko berkenaan, tersebar pula sejak beberapa hari lalu gambar kononnya Syed Saddiq telah menjadi pelakon lucah.

Cubaan menfitnah ini telah disedari oleh pengguna Twitter bernama Rakyat | Iman di mana beliau telah memberitahu Syed Saddiq dengan 'mention' nama beliau di dalam kepsyen berbunyi "Faking a post about @SyedSaddiq alleging that he's a pornstar... how low can you go? " bersama gambar.


Syed Saddiq telah membalas twit berkenaan dengan nada agak sinis berbunyi. "i am now allegedly the "Youngest Pornstar" 😂 I'll donate 2.6 billion to anyone who can find my porn video."


Rata-rata netizen mengecam tindakan terbaru oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab berkenaan, kata mereka tindakan berkenaan adalah cubaan menjatuhkan beliau selepas terlibat menjadi pengacara di dalam majlis Deklarasi Rakyat di mana Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah bekerjasama dengan parti pembangkang. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli