Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(5 Gambar) Nak Bunuh Diri Tapi Sangkut Dekat Lumpur


KLANG, 7 Mac: Hasrat seorang wanita untuk cuba membunuh diri dengan cara melemaskan diri di dalam sebuah sungai gagal apabila dia terlekat di lumpur ketika berjalan di tebing sungai Klang.

Laporan The Star menyebut, wanita berkenaan membuat keputusan itu setelah terlibat dengan satu pertengkaran dengan keluarga pada Isnin.

Dipercayai dia berjalan ke arah sungai itu dari rumahnya untuk membunuh diri.

Namun kerana air surut, sungai yang berlumpur itu menghalang wanita terbabit dari maju ke dalam sungai seterusnya menyebabkan dia terperangkap di dalam lumpur sehingga di paras pinggang.

Pejalan kaki yang kebetulan melalui kawasan tersebut dengan segera melaporkan kejadian kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Raja.

Ketua Operasi Menyelamat, Shukry Mohd Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11:44 dan tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian.

"Sepasukan lima anggota menghampiri wanita itu dan berjaya memujuknya dari hasrat untuk membunuh diri.

"Mereka berjaya menarik wanita itu dari lumpur kira-kira jam 12.20 petang. Kami juga membantu dia membersihkan dirinya sebelum memberitahu ahli keluarga", katanya.

Wanita itu kemudian dibawa ke balai polis. - Siakapkeli.my





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli