Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Jalan Tar Lama 22 Tahun Hilang Kini Muncul Kembali


Padang Besar: Sebuah Jalan lama yang pernah 'hilang' dan sudah pun dilupakan oleh penduduk kampung selama 22 tahun selepas ditenggelami air akibat pembinaan sebuah empangan telah muncul kembali selepas air tasik berkenaan mulai surut akibat cuaca panas melampau ketika ini.

Jalan yang dianggarkan sepanjang satu kilometer yang terletak di Kampung Sahabat, Tasoh itu telah menjadi jalan penghubung kampung berkenaan dengan batu 12 kira-kira 22 tahun dulu dan kini telah muncul kembali beberapa minggu lalu.

Memetik tulisan oleh saudara Mohd Shah Syah yang merupakan pengulas radio Perlis FM, beliau telah pergi melawat tempat berkenaan di mana jalan itu terakhir digunakan pada tahun 1994 iaitu dua tahun selepas Empangan Timah Tasoh yang terletak berhampiran kampung itu siap dibina.





Laporan Harian Metro Hari Ini

Beliau memuatnaik gambar dengan kapsyen berbunyi "Tengah-tengah empangan Timah Tasoh, 20 tahun baru timbul balik jalan ini, sebelum ini hanya nampak perahu dan bot sahaja(lalu kawasan itu)," tulisnya. - Siakapkeli.my























Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli