Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gagal Bayar Ganti Rugi Kepada Anwar, Rumah Papagomo Bakal Disita


Berikutan kegagalan pengendali blog kontroversi Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris untuk membayar ganti rugi sebanyak RM850,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang diarahkan oleh mahkamah, rumah Papagomo dilaporkan bakal disita, lapor Malaysiakini.

Bagaimanapun pihak Mahkamah dan peguam yang mewakil Anwar, Lateefa Koya tidak berjaya menghantar writ berkenaan kepada papagomo kerana beliau tiada di rumah.

Pihak mahkamah berulang-kali mengentuk pintu rumah namun tiada sebarang jawapan.

"Kami akan datang semula untuk menyerahkan notis ini dan akan mendapatkan tarikh baru daripada mahkamah," kata Latheefa kepada pemberita di luar Apartmen Villa Danau hari ini.

Papagomo sebelum ini kalah dalam kes saman kerana penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog miliknya.

Mahkamah turut memerintahkannya membayar ganti rugi RM800,000 kepada Anwar termasuk kos RM50,000 kepada plaintif.

Pada 21 Mac 2014, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli