Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Dakwa Miliki Keris Taming Sari, Hang Tuah Sebenarnya Wanita


Seorang wanita yang mengetuai Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia (PKPRCSWKM) mendakwa Keris Taming Sari yang menjadi rebutan pelbagai pihak kini berada dalam simpanannya.

Keris yang dikatakan Taming Sari itu diwarisi oleh Yang Dipertua PKPRCSWKM, Dr. Fadzillah Hussin kira-kira empat tahun yang lalu.

Laporan dari Malaysia Gazette menyebut, keris tersebut diambil oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak, Datuk Wan Omar Wan Majid dirumah datuknya yang dikenali dengan panggilan Tok Wan Ismail di Kampung Semerak.

Wan Omar mendapat mimpi supaya mengambil keris itu di rumah datuknya (Tok Wan Ismail). Selepas itu, beliau mendapat ilham menyerahkan keris tanpa hulu dan sarung itu kepada saya.

Keris ini asalnya disimpan Tok Wan Ismail dan setelah diserahkan kepada saya, saya jadikannya sebagai lambang kebesaran pertubuhan ini dengan dilengkapkan hulu dan sarung baharu,” kata Fadzillah.

Tambah beliau lagi, penyerahan keris itu diadakan menerusi satu majlis di rumahnya dan di kediaman bekas wakil rakyat itu di Kampung Raja Dagang, Cherang Ruku, Pasir Puteh pada Mac 2012.

Fadzillah juga turut menambah adiknya, Ahmad Tarmezi Hussin pernah bermimpi didatangi pahlawan Melayu, Hang Tuah dan juga keris Taming Sari. Namun pada mulanya Tarmezi tidak menceritakan mimpi itu kepada kakaknya kerana menganggap ia hanya mainan tidur.

Sehinggalah dia bermimpi lagi wanita tua yang selalu datang dalam mimpinya dan mengatakan dirinya adalah Hang Tuah telah meninggal dunia. Daripada situ, dia mengajak saya mencari khazanah peninggalan wanita berkenaan. Berdasarkan mimpi itu juga, saya dan adik mencari sebuah rumah yang tidak didiami di Kampung Aril, Gunung, Bachok.

Saya meminta izin jiran berhampiran untuk memasuki rumah itu dan mula mencari keris Taming Sari,” katanya.

Naman pencarian Dr. Fadzillah hampa apabila tidak menemui keris Taming Sari sebaliknya hanya mejumpai tasbih, sebuah tin kecil yang penuh dengan pelbagai saiz, gading dan tulang gajah serta buku sejarah.

Fadzillah kemudian berkata pada September lalu, dia bertemu dengan seorang pakar keris, Mohd Noordin Ab. Hamid untuk mendapatkan padangan tentang keris berkenaan.

Noordin kemudian hanya menjelaskan kepada Fadzillah bahawa keris itu dikenali sebagai Lonjakan Puncak Alam dan mengandungi pelbagai jenis besi dengan luk tujuh dan berpamor tanda gunung jolokan.

Gunungnya tinggi menaik manakala usia keris ini melebihi 100 tahun dengan pakaiannya (sarung) berunsur Kelantan-Pattani.

“Sampirnya pula berbentuk tebar layar yang diperbuat dari kayu kemuning bercoreng dan bergewen. Hulunya berbentuk anak ayam yang juga diperbuat dari kayu kemuning berceloreng,” katanya.

Fadzillah juga berkata beliau sentiasa bersedia untuk memberi penjelasan jika ada pihak tertentu yang musykil dengan keris Taming Sari yang berada dalam simpanannya itu dan Hang Tuah yang dipanggil Mak Bonda sebenarnya seorang wanita, bukan lelaki. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli