Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Facebook Uji Fungsi Baru Kesan Akaun Palsu, Akan Libatkan Pemilik Akaun Asal


Facebook kini dilaporkan sedang menguji fungsi yang baharu yang akan memberikan notifikasi sekiranya terdapat sebarang akaun lain yang dipalsukan dengan menggunakan nama serta gambar profil milik pengguna.

Fungsi baru ini dijayakan oleh algoritma Facebook secara automatik dan apa yang lebih menarik ia juga turut melibatkan input dari akaun original yang akan menerima notifikasi akaun palsu.

Pengguna original boleh memantau sama ada profil tersebut benar-benar palsu atau secara kebetulan berkongsi nama yang sama.

Jika satu-satu akaun dilabelkan sebagai palsu oleh pengguna yang asal, pihak Facebook akan secara manual melihatnya sama ada benar atau tidak.

Facebook juga memaklumkan pihaknya telah menguji fungsi itu dari bulan November 2015 lagi dan kini telah aktif di kalangan 75% pengguna seluruh dunia. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli