Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tajuk Akhbar “Isteri Pakai Buang”, Bekas Isteri “Ustaz Kasanova” Amat Terasa Hati


Dua hari lalu, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama pihak Polis telah berjaya memberkas seorang lelaki yang dikenali sebagai 'ustaz kasanova' yang mempunyai 13 isteri dengan memperdayakan wanita dengan watak 'alim' selepas tiga bulan diburu.

Beliau juga telah mengaku salah masing-masing di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah di sini terhadap enam pertuduhan termasuk melakukan persetubuhan luar nikah, percubaan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dan bernikah tanpa kebenaran pendaftar.

BACA: 101 Hari Diburu Akhirnya "Ustaz Kasanova" 13 Isteri Diberkas

Namun disebalik penangkapan lelaki tersebut, ada sedikit yang tidak enak didengar apabila melibatkan media dimana isteri ke 11 yang merupakan mangsa 'Ustaz kasanova' berkenaan melahirkan rasa kecewa, sedih, marah dan malu apabila digelarkan dirinya oleh pihak media sebagai 'isteri pakai buang'.

Menurut  bekas isteri 'ustaz kasanova' berkenaan melalui laman Facebooknya menyatakan dia amat terkejut dengan tindakan sebuah akhbar apabila gambarnya diletakan dalam akhbar tanpa izinnya malahan gambar berkenaan diletakkan dimuka depan akhbar.


Berikut pula adalah surat terbuka beliau kepada akhbar berkenaan yang dianggapnya memalukannya sedangkan gambarnya terpampang besar di muka depan dan gambar bekas suaminya itu hanya diletakkan kecil dan muka diblurkan.


- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli