Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Cikgu Tadika 'Diayat' Awang Hitam Serahkan RM62,000

No Comment


Batu Gajah: Akibat terpesona dengan ayat cinta dan janji manis lelaki asing di laman sosial, seorang guru tadika terpedaya dengan menyerahkan RM62,000 kepada lelaki asing itu.

Ibu tunggal yang berumur 36 tahun itu difahamkan baru sahaja enam bulan berkenalan dengan individu tersebut.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak, Superintendan Lee Ewe Kiang, dalam tempoh perkenalan itu, mereka tidak pernah berjumpa dan hubungan mereka erat hanya melalui perbualan di laman sosial.

"Apabila mangsa terjerat dengan cinta suspek, suspek mula menagih simpati dan meminta pelbagai pertolongan kewangan daripada mangsa," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Menurut beliau lagi, mangsa memasukkan wang sebanyak RM62,000 kedalam akaun suspek secara berperingkat sebelum sedar dirinya ditipu.

Mangsa kemudian membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Menurut beliau lagi, hasil siasatan dan risikan polis, seorang wanita berumur 44 tahun ditahan di sebuah pasar raya di Petaling Jaya, Selangor pada 3 Mac lalu kerana dipercayai berperanan sebagai keldai akaun sindiket tersebut.

"Susulan itu, esoknya seorang penuntut kolej swasta serta lima lelaki warga Nigeria ditangkap di Pangsapuri Flora Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

"Polis merampas pelbagai barangan dalam rumah itu termasuk lima komputer riba, lima telefon bimbit, dua unit routers wifi dan 21 kad sim," katanya.

Semua suspek direman tujuh hari dan kemudian dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai kerana turut terbabit dengan kes lain di Pulau Pinang.

Lee turut berkata, suspek yang berusia antara 24 - 37 tahun itu menggunakan visa pelajar untuk memasuki negara ini dan membuat kegiatan penipuan sejak dua tahun lalu dengan mencari mangsa secara rawak di laman sosial menggunakan profil palsu dan ayat cinta. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli