Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bila Gaji Tidak Cukup Dan Apa Arwah Mak Buat Untuk Saya


Setiap ibu bapa sudah pasti ingin melihat anak-anak mereka berjaya, hidup senang dan mungkin dapat membantu mereka bila anak-anak mereka berjaya.

Mereka berkorban dari kita kecil sehinggalah menempuh alam pekerjaan yang sekurang-kurangnya memakan masa lebih 20 tahun, dalam tempoh berkenaan sesen pun kita tidak perlu keluarkan bahkan diberi pulak oleh mak dan ayah kita termasuk makan, minum, tempat tinggal, pakaian dan pelbagai lagi.

Apa yang mereka lakukan kerana sayangkan anak mereka, ingin anak mereka hidup senang walaupun mereka susah, pengorbanan mereka cukup besar.

Anak-anak pula bila dah besar, hargailah mereka, bila dah kerja bagilah sedikit gaji anda kepada mereka untuk memperoleh keberkatan walaupun gaji kita kecil dan mak ayah tidak mintak pun, kerana keberkatan dalam hidup itu besar nikmatnya.

Dikongsi oleh seorang pakar motivasi, saudara Nazali Noor di laman Facebooknya sebuah catatan cerita pengalamannya bersama arwah ibunya dulu yang cukup memberikan kesan kepada setiap yang membacanya. Seorang ibu yang hebat.

Jom kita baca

Bulan Februari agak istimewa kan?

Jumlah harinya kurang dari jumlah bilangan hari dari bulan bulan yang lain.

Dan biasanya pada yang dapat gaji ngam ngam pada penghujung hari di setiap bulan maka bulan Februari bulan yang kita dapat gaji awal beberapa hari dari bulan biasa.

Kira macam bonuslah kan? :)

Arwah mak dari saya sekolah lagi ingatkan saya

" Onn nanti dah kerja jangan lupa bagi duit kat mak.. Kat ayah tau?"

Saya senyum.

Mak tambah lagi soalannya pada saya.

" Tau tak kenapa kena bagi duit kat mak kat ayah?"

Saya makin senyum

" Laaa itupun mak nak tanya? Dah memanglah anak kena bagi duit kat mak ayah dia.
Mak ayah penat susah payah besarkan dia.

Dah besar.. Dah kerja.. Kenalah balas budi mak ayah!"
Konfiden saya jawab.

Mak senyum.

"Itupun betul Onn.

Tapi ada satu lagi jawapan dia.

Onn nak tau?"

Dahi saya berkerut. Kepala saya anggukkan laju laju.

Saya alih tempat duduk saya rapat kat kaki mak sambil tampung kaki mak kat betis urut tapak kaki mak.

" Onn nak hidup berkat tak nanti?

Kalau Onn nak hidup berkat Onn kena bagi duit gaji kat mak ayah.
Mak tak harap banyakpun.

Sikitpun takpa. Ambik berkatnya tu.

Onn tau tak mana mana mak ayahpun besarrrr sangat hati kalau dapat duit dari anak anak tau?"
Dahi saya tambah berkerut.

Saya tanya mak

"Berkat tu cemana eh mak?"

Mak senyum lagi

Mak jawab

"Berkat tu kita rasa tak pernah sempit.

Walau sikit aja duit kita tapi tak sempit. Selesaaaa aja.

Kadang kadang sebab duit kita susah hati.

Tapi kalau berkat kan Onn, rezeki kita yang tak banyak tu kita boleh kongsi kongsi lagi kat orang"
Saya mula faham.

Mak tambah lagi.

"Sebab tu Onn tengok ada orang yang dia kerja kampung aja motong getah anak ramai lak tu.

Tapi anak anak dia semua pandai pandai kan?

Aaaa hidup berkatlah tu tau?

Onn nak hidup berkat kan?"

Saya angguk laju laju.

"Nanti dapat gaji bagi duit tau kat mak dengan ayah ya?
Ambik berkatnya eh nanti?"

Pesan mak lekat kat otak saya.

Saya masih ingat lagi. Gaji pertama saya kerja salesman jual periuk lepas SPM tahun 1989.
Dapat RM 200 lebih. Masa tu kerja kat Cheras.

Dapat aja gaji kat tangan saya mintak izin dengan Boss nak balik Ulu Yam.

Kami dok rumah sewa boss bagi jadi saya naik bas mini pergi Puduraya ambik bas balik Ulu Yam.
Sampai rumah mak saya keluarkan duit gaji tu.

" Mak ni gaji pertama Onn ni mak.

Dapat RM200 lebih. Mak ambiklah RM 200 ni ya mak?

Mak takyah risau Onn. Nanti kat Cheras sir tu bagi kami dok ramai ramai takyah bayar sewa.
Makanpun dia bagi beras lauk semua makan ramai ramai.

Mak ambik ya mak? Bagi ayah sama"

Mak ketap bibir.

Mak kira sehelai sehelai duit RM 50 ada 4 keping.

Mak cium duit tu.

Mak lipat 3 helai.

Mak pulangkan kat saya balik.

Saya tersentak!!

"Eh apa ni makkk? Janganlah mak. Ambiklah makkk"

Saya dah nak menangis dah!

Mak usap pipi saya. Mak senyum.

" Banyak ni Onn. Mak ambik sikit aja ya? Nanti Onn nak belanja kat KL tu?
Nah ambik ni ya?"

"Makkkkkkk.. Janganlah mak.. Ambiklah ya mak?"

Mak senyum

" Banyak ke sikit ke tak kisah Onn.

Onn nak berkatnya kan?"

Sampai sekarang saya ingat pesan mak tu.

Semenjak tu saya memang tak lupa bagi mak duit lepas dapat gaji.

Masa sempit macamanapun. Duit mak ayah saya akan dulukan.

Kalau saya sesak Ain akan tanya saya

"Duit mak abang dah bagi bang?"

Kalau saya tak cukup duit Ain yang bagi kat saya duit mak

Sebab Ain tau pesan mak pasal berkat dalam hidup.

Pernah sekali aja saya sesak sangat

Saya pergi rumah mak mintak maaf kat mak.

Kata saya sempit sangat duit tak cukup.

Mak ajak saya pergi pekan Batang Kali.

" Pergi mana ni mak"

" Onn ikut ajalah mak ya?"

Rupanya mak ajak gi pejabat pos.

Mak keluarkan duit ASB

Mak bagi saya duit! RM 500.

Mati mati saya tolak!

" Taknak makkkk!!!

Dahlah tak bagi mak duit bulan ni.

Nak ambik duit mak lagi?"

Taoi mak kata kat saya

" Ni bukan duit mak ni Onn.

Ni semua duit Onn yang onn bagi bulan bulan kat mak tu.

Kan Onn susah kan?

Onn ambiklah ya?

Kalau taknak ambik Onn pinjam aja.

Ada duit bayar balik nanti eh?

Onn jangan risau. Mak sentiasa doakan Onn berkat hidup anak beranak.

Ambik ya Onn?"

Itulah sekali saya tak bagi duit kat mak.

Sebab saya tamak sangat doa dari mak ayah

Saya nak sangat berkat pendapatan tu.

Jadi ni saya nak panjangkan pesan arwah mak saya ni.

Ni hujung bulan kan?

Dah gaji dah kan?

Baliklah eh?

Jenguk mak ayah kat kampung

Kongsilah sikit duit kita kat mak.. Kat ayah..

Tak banyak sikitpun jadilah

RM 10 ke kan?

Berkat doa mak ayah tu yang kita dambakan betul tak?

Saya ni...

Ada duit banyak manapunlah sekarang.

Mak ayah takda dah nak bagipun.

Cuma dapat doa aja dan panjang panjangkan ilmu arwah mak dan ayah bagi dulu kat sini.

Mana tau ada yang tersapa hati ke kan?

Dapat titip sikit pahala buat arwah mak dan ayah kat SANA kan?

Baliklah ya jap?

Sikit ke banyak bukan perkara pokok.

Bak kata mak saya

Berkat tu yang kita cari.

Baliklah ya?

Ya?....

(Please....)

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli