Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Beribu Komen Negatif , Perlantikan Presiden Baru KFA Diprotes Penyokong Kedah?


ALOR STAR: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini secara rasmi telah dilantik menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) selepas diputuskan melalui Kongres Luar Biasa petang tadi.

Beliau dalam satu kenyataan sebelum itu menyatakan hasrat untuk 'berdamai' dengan penyokong bola sepak Helang Merah yang dilihat dingin dengannya, namun perkara yang diluar jangkaan apabila Facebook rasmi Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah yang memuatnaik gambar presiden baru KFA itu 'diserang' dengan pelbagai reaksi negatif para penyokong.

Ini di mana dalam 5 jam gambar berkenaan dan beberapa gambar lain yang dimuatnaik beribu-ribu mesej menyatakan bantahan dan emoji 'muntah' memenuhi ruangan komen facebook rasmi Kedah FA berkenaan.




Nampaknya hasrat Ahmad Bashah untuk berdamai dengan para penyokong seperti memerlukan kerja keras dan kuat untuk memenangi hati mereka yang dilihat masih terluka dengan kehilangan presiden KFA sebelum ini iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

BACA: (2 Video) Menteri Besar Kedah Kena 'Boo' Dengan Penyokong Helang Merah?

Apapun, harap dengan kemasukan presiden baru KFA ini pelbagai perubahan dapat dilihat pada skuad Lang Merah yang telah menjuarai Liga Perdana dan Naib Juara Piala Malaysia musim lalu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli