Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bapa Murid Lempang Guru Sampai Lebam di Kantin Sekolah



BUKIT BERUANG - Gara-gara tindakannya melempang seorang murid kerana tidak mengikut arahan, seorang guru dilempang semula oleh bapa murid tersebut di kantin di Sekolah Kebangsaan Ayer Molek di sini dalam kejadian semalam.

Laporan dari Sinar Online menyebut, guru pendidikan jasmina itu turut diugut untuk dicederakan mengguna cota yang dibawa oleh bapa murid darjah lima itu selepas kejadian lempang itu yang berlaku kira-kira 7.45 pagi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melak, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, ekoran kejadian, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kandang jam 9.30 pagi oleh guru tersebut.

"Siasatan awal mendapati pengadu melempang murid berkenaan ketika Ujian Segak dan Kecergasan pada Rabu lalu sebelum suspek yang juga seorang pekerja hotel di negeri ini datang bertemu pengadu keesokan pagi (semalam).

"Suspek dipercayai tidak berpuas hati dan bertindak melempang pengadu hingga cedera di pipi kanan selain mengugut akan mencederakan pengadu diluar sekolah menggunakan cota yang dibawa bersama ketika itu," katanya.

Kamaluddin juga turut berkata ketika kejadian, suspek mengeluarkan kata-kata kesat dan mendakwa pengadu sengaja berbuat demikian terhadap anaknya yang sering tidak menyiapkan kerja sekolah.

Suasana tegang itu dileraikan guru-guru yang ketika itu turut berada di kantin.

"Polis kemudian bertindak menangkap suspek yang berusia 37 tahun itu di tempat kerjanya kira-kira jam 5 petang semalam bantu siasatan di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan mendatangkan kecederaan," katanya sebagaimana lapor Sinar Online. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli