Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bandingkan Lawatan Dato Vida Dengan TMJ Ke Sepanyol, Kaki Bola 'Serang' Facebook Peserta Maharaja Lawak Mega 2016


Seperti kita ketahui dunia sukan bola sepak negara kita sekarang sudah mula menunjukkan perkembangan baik selepas kerabat diraja Johor dan beberapa jutawan kosmetik telah menaja pasukan pilihan masing-masing.

Dengan perkembangan ini membuatkan liga bola sepak Malaysia semakin meriah dan sedikit cuit mencuit antara mereka ini adalah perkara biasa.

Nama Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ dan Datuk Seri Vida sudah tidak perlu diperkenalkan lagi di mana kelibat kedua-dua individu ini telah menjadi sebuatan peminat bola sepak Malaysia.

Masing-masing dengan gaya masing-masing yang tersendiri yang membuatkan nama mereka beruda tidak pernah lekang dek sebutan peminat bola sepak seluruh Malaysia.

Terbaru, kedua-dua individu hebat ini dilaporkan telah melawat negara kuasa besar bola sepak dunia iaitu Sepanyol di mana dalam lawatan yang berbeza mereka telah berkunjung ke beberapa kelab bola sepak terkenal Sepanyol iaitu Real Madrid dan Barcalona.

Bagaimanapun semalam telah menjadi topik perbincangan hangat apabila secara tidak disangka-sangka seorang peserta Maharaja Lawak Mega 2016, Azrul dari kumpulan Cham yang baru tersingkir pada minggu ke-7 telah memuat satu status yang dilihat seperti memerli Datuk Sri Vida ke laman Facebooknya dimana dia telah membandingkan lawatan DSV dengan TMJ ke Sepanyol menyebabkan penyokong bola sepak terutamanya dari pasukan PQPTRW 'naik angin'.

Berikut adalah status yang dimuatnaik oleh beliau.



Dan berikut adalah reaksi daripada peminat bola sepak




Bagaimanapun status berkenaan telah pun dipadam oleh Azrul, tetapi sehingga kini dilihat peminat bola sepak terutamanya peminat pasukan PQPTRW masih menyerang timelime facebook beliau mungkin masih tidak berpuas hati dan ada juga antara mereka meminta Azrul memohon maaf.

Sebagai artis perlu diketahui apa tindak tanduk kita lakukan pasti diperhati, sepatutnya kenyataan berkenaan tidak keluar daripadanya kerana kedua-dua insan ini mempunyai kelebihan masing-masing dalam memajukan industri bola sepak tanah air. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli