Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Arwah Wafiq, Remaja Lemas Semasa Ikut Rombongan Tabligh Di Terengganu Dapat 9A

Kembar arwah, Muhamd Wafi menyiram air selepas pengebumian Wafiq(gambar kecil)

Penghujung tahun lalu, heboh di media dua orang remaja yang mengikuti rombongan jemaah tabligh(sebuah program kegamaan) iaitu Muhammad Wafiq Mohd Noor, 17, dan rakannya Mohd Naim Adnan, 17, lemas semasa mandi di Pantai Rhu Sepuluh, Setiu, Terengganu.

Mayat wafiq ditemui 80 kilometer daripada lokasi kejadian iaitu di Pantai Pantai Rhu Muda, Marang.

Jenazah Muhammad Wafiqtelah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Bengkal, Parit Yaani, Batu Pahat, Johor.

Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar yang mengambil Sijil pelajaran Malaysia (SPM) di mana Wafiq turut merupakan calon SPM 2015.

Memetik tulisan di Facebook pelakon Mustapha Kamal, apa yang dibanggakan, Allahyarham Wafiq memperoleh 9A dalam semua mata pelajaran yang diambilnya dalam bidang sains tulen.


Apapun, tahniah kepada arwah Wafiq yang telah membuktikan kejayaannya kepada ibu bapa, damailah engkau di sana Wafiq, semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Alfatihah. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli