Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Aku Dah Malu, Maruah Aku Nak Letak Mana," Luah Seorang Lelaki Gambarnya Disebar Sebagai Perompak


Sejak beberapa hari lalu tersebar gambar seorang lelaki di laman Facebook kononnya lelaki berkenaan merupakan salah seorang dari kumpulan pecah rumah sedang meninjau salah sebuah rumah untuk dirompak dan bergiat aktif beberapa kawasan perumahan di Sungai Petani.

Gambar berkenaan dikatakan diambil oleh tuan rumah dan disebarkan di laman sosial di mana ia mendapat perhatian ramai di mana dihujung tulisan yang disertakan diletakkan pesanan agak semua pemilik rumah beringat.

 Gambar yang disebarkan

Namun, semua ini diketahui tidak benar apabila lelaki berkenaan yang menyedari gambarnya diviralkan telah tampil menafikan perkara ini.

Menurutnya semua ini adalah fitnah di mana gambar berkenaan telah disebarkan tanpa usul periksa.

Berikut adalah penerangan beliau kenapa beliau berhenti didepan rumah tersebut.



Berdasarkan carian kami, gambar dan status itu sudah tidak dijumpai, mungkin sudah diturunkan atau telah dipadam oleh admin group Facebook berkenaan.

Kalau betul pun dia berniat jahat, buat laporan polis terlebih dahulu untuk disiasat dari sebarkan sebegini ke laman sosial, sebab kita tidak ada bukti dalam menuduh orang, takut tidak semena-mena kita menganiaya orang dan menjadi menyebar fitnah.

BACA: "Berhenti Sebarkan Gambar Dan Fitnah Pekerja Suami Saya"

Beberapa hari lalu, satu kes yang hampir sama juga terjadi apabila gambar dua orang pekerja pembersihan telah diviralkan di laman Facebook kononnya mereka membawa parang untuk merompak.

Namun, isteri kepada majikan mereka telah tampil menceritakan hal sebenar.

Apapun kita tunggu jawapan dari orang yang pos gambar tu pula, kita dengar cerita dari dua belah pihak. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli