Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Adenan Harap Datuk Seri Najib Kekal Sebagai Perdana Menteri Sampai Kiamat


SERIAN: "Beliau sayang negeri Sarawak, ambil berat kepada kita dan kita pun sayang kepada beliau dan mudah-mudahan beliau jadi PM sampai kiamat," itulah kata-kata Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dipetik laporan Astro Awani.

Beliau berkata demikian kerana berharap supaya Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam suatu masa yang panjang.

Menurut Ketua Menteri Sarawak itu, Najib merupakan Perdana Menteri yang paling kerap melawat Sarawak dalam tempoh enam tahun memegang jawatan berkenaan.

"Sepanjang enam tahun dilantik memegang jawatan Perdana Mneteri, Najib sudah mengadakan lawatan ke Sarawak meliputi hampir seluruh pelosok negeri ini sebanyak 46 kali," kata Adenan dalam ucapan beliau pada Majlis Pelancaran Projek Pan Borneo Sarawak bagi Jajaran Bulatan Serian-Simpang Pantu, di sini hari ini.

Katanya, rekod tersebut dijangka terus bertambah memandangkan terdapat banyak lagi program lawatan beliau dirancang selepas ini.

Menurutnya lagi, berbeza dengan pemimpin lain, Najib juga tidak pernah datang dengan tangan kosong setiap kali kunjungannya.

"Sudah banyak projek pembangunan bernilai berbilion ringgit diluluskan oleh Najib termasuklah pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo bernilai RM16 bilion yang membolehkan rakyat negeri ini menikmati kemudahan jalan raya yang selesa seperti rakyat di Semenanjung."

"Walaupun ekonomi negara merosot disebabkan kejatuhan harga minyak dunia dan kerajaan Pusat kekurangan wang, namun Najib tetap meluluskan projek lebuh raya tersebut demi memenuhi keperluan rakyat negeri ini."

"Di mana kita (rakyat Sarawak) hendak mencari Perdana Menteri seperti Najib? Ada seorang pemimpin menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tapi tidak sama (jumlah lawatan ke Sarawak) macam Najib Razak," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli