Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

7.1 Juta Permohonan BR1M Diluluskan, Yang Gagal Boleh Buat Rayuan

No Comment


KUALA LUMPUR, 14 Mac: Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Handzlah berkata hampir 7.1 juta permohonan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia 2016 telah diluluskan.

Husni menerusi satu kenyataan berkata jumlah itu merangkumi bantuan isi rumah yang bernilai RM1,050 kepada hampir 162 ribu penerima, bantuan isi rumah RM1,000 kepada 3.4 juta penerima, bantuan isi rumah RM800 kepada 380 ribu penerima dan bantuan individu RM400 kepada 3.2 juta penerima.

Tambah beliau lagi, bagi yang gagal dalam permohonan pada 2016 boleh membuat rayuan di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar terdekat mulai 15 Mac hingga 15 April. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli