Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

7 Perkara Penting yang Perlu Anda Beringat Ketika Menghadapi Cuaca Panas

No Comment

Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan kematian seorang pelatih Pulapol disebabkan strok haba. Berita kematian ini sekaligus mencetuskan kebimbangan orang ramai dengan cuaca panas yang melanda Malaysia ketika ini.

Jadi, kali ini kami bawakan 7 perkara penting yang perlu anda ingat supaya kita boleh mengelak strok haba. 7 perkara ini bukan sahaja boleh diguna pakai untuk anda (orang dewasa), tetapi ia juga boleh diguna pakai untuk bayi, kanak-kanak dan juga warga emas.

Sebelum menjurus lanjut, adalah baik untuk kita memahami secara ringkas apa itu strok haba.

Apa itu strok haba?
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam.

Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

7 Perkara penting yang perlu anda beringat

1 - Jangan pakai baju yang tebal / berlapis & ketat
Memakai pakaian yang berlapis, tebal atau ketat akan menyebabkan badan gagal untuk menyejuk dengan baik.



2 - Minum air dengan banyak
Pastikan badan sentiasa mendapat air yang mencukupi. Apabila air dalam badan cukup, tubuh boleh mengeluarkan peluh untuk memastikan suhu badan sentiasa normal.

Note : Jika air kencing bewarna kekuningan, itu bermakna badan kekurangan air.



3 - Jangan sesekali tinggalkan sesiapa dalam kereta yang sudah dimatikan
Perkara ini biasa berlaku di Malaysia dimana kini kita boleh melihat lambakan kes kanak-kanak terkunci di dalam kereta dimuat naik di laman Facebook Bomba Malaysia.

Apabila diparkir di bawah matahari, suhu di dalam kereta boleh melonjak sebanyak 6.7 darjah celcius dalam masa 10 minit. Lebih-lebih lagi di musim panas ini.



4 - Kurangkan solekan (bagi wanita)
Sesetengah bahan di dalam produk kosmetik kemungkinan akan menyekut aliran peluh sekaligus menyebabkan rasa panas di bahagian muka.


5 - Elakkan kafein berlebihan. 
Kafein dan juga alkohol boleh menyebabkan dehidrasi. Jadi, dinasihatkan supaya mengelakkan penggunakan kafein ketika musim panas jika anda perlu bekerja di dalam keadaan yang panas.



6 - Batalkan aktiviti luar jika panas melampau.
Jika anda merasa keadaan diluar panas yang luar biasa. Cepat-cepat cari tempat berteduh atau batalkan sahaja apa jua aktiviti yang perlu anda jalankan.



7 - Sentiasa pastikan alat pembaca suhu ada bersama.
Untuk cuaca panas ini, alat pembaca suhu amat berguna sekali. Pastikan ia sentiasa ada bersama anda supaya anda boleh memeriksa suhu badan anda atau pun orang sekeliling jika badan merasa panas. Jika didapati suhu badan panas melampau, cepat-cepat bawa ke klinik atau hospital.



- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli