Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

5 Sekeluarga Terpaksa Berumah Dalam Kereta di Stesen Minyak

No Comment

Kulim - Kerana tekanan kewangan, lima sekeluarga terpaksa menjadikan kereta sebagai tempat berteduh mereka kerana tidak mampu untuk menyewa sebuah rumah, lapor Guang Ming Daily.

Khor Sze Yuan, 38, bersama isteri dan tiga anak mereka yang berusia antara 11 bulan dan 5 tahun telah dilihat berumah di kereta terbabit yang berada di sebuah stesen minyak dari bulan lepas.

Khor berkata, dia membuat keputusan untuk keluar dari rumah mertuanya selepas dia tidak mampu membayar sewa setelah dia berhenti kerja untuk menjaga anak-anaknya.

Khor, yang sebelum ini berpendapatan RM900, mengambil keputusan berhenti kerja selepas pengasuh anak-anaknya menaikkan yuran dari RM550 ke RM850.

Keluarga itu kini bergantung kepada isterinya yang bekerja sebagai janitor. Khor berharap dia boleh mencari kerja dan menyewa sebuah rumah untuk keluarganya. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli