Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(5 Gambar) Akibat Parking Merata Sesuka Hati

No Comment

China - Sebuah kereta yang diletakkan di luar sebuah pusat pelupusan sampah di China telah diliputi dengan sampah akibat diletakkan di merata tempat.

Gambar kereta sedan bewarna putih yang diambil pada 17 Mac berdekatan dengan pusat pelupusan sampah di bandar Zhengzhou itu memaparkan kenderaan terbabit diliputi dengan sampah yang sangat banyak, lapor People's Daily Online.

Menurut laporan terbabit, staf di stesen berkenaan dikatakan sudah cuba menghubungi tuan kenderaan tersebut namun gagal.

Kerana menghalang laluan trak sampah memasuki ke pusat pelupusan sampah, kenderaan itu 'disembur' dengan sampah-sarap dari trak sampah.


Difahamkan, pekerja-pekerja pusat pelupusan sampah itu mula bengang apabila tuan kereta berkenaan tidak muncul untuk mengambil keretanya.

Disebabkan mereka tidak boleh meneruskan kerja, mereka dengan marah membuang kesemua sampah ke kereta tersebut. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli