Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

33% Rakyat Malaysia Perasan Kononnya Mereka Tergolong Dalam 'Golongan Pertengahan'


KUALA LUMPUR: Hasil kajian yang dilakukan oleh Institute of Life and Living Asean (Hill Asean) sebanyak kira-kira 79 peratus rakyat Malaysia melihat diri mereka sebagai golongan pertengahan sedangkan hasil perangkaan hanya 46 peratus daripada rakyat Malaysia terdiri daripada golongan pertengahan, lapor Bernama.

Kumpulan pemikir tersebut yang telah ditubuhkan pada tahun 2014 oleh syarikat pengiklanan kedua terbesar Jepun, Hakuhodo Inc, hari ini mengumumkan hasil daripada penyelidikan terbaharunya, di sini.

Berdasarkan penyelidikan mendapati sebahagian besar rakyat Malaysia dan Asean mengenal pasti diri mereka sebagai golongan pertengahan tanpa mengambil kira pendapatan sebenar mereka, menunjukkan bahawa pentakrifan semula ‘kelas pertengahan’ mungkin diperlukan.

Menurut Pengurus perancangan strategik Hill Asean Ann Liew berkata, dalam laporan itu menunjukkan kemunculan "pertengahan tanpa had", satu kumpulan yang bijak mencari cara untuk menjalani hidup mengikut gaya hidup yang mereka hajati dengan menyesuaikan pendapatan dan perbelanjaan tanpa had, tidak terikat dengan tahap pendapatan semasa mereka.

Mereka berbuat demikian dengan meningkatkan sumber pendapatan mereka dengan bekerja sampingan, manakala masih mengekalkan pekerjaan sepenuh masa, sebagai contoh, seorang pakar kecantikan di Malaysia menggunakan media sosial sebagai platform untuk meningkatkan pendapatan.

“Beliau membeli pakaian dan barangan kecantikan semasa berkunjung ke luar negara dan kemudiannya menjual barangan tersebut di media sosial,” kata Liew pada forum “Sei-Katsu-Sha” Asean di sini hari ini yang menumpukan kepada perspektif baharu mengenai kelas pertengahan Asean.

Golongan ini sebenarnya perlu mengawal perbelanjaan mereka, sebagai contoh menyimpan stok kopi bertin apabila terdapat jualan murah dan memperuntukkan perbelanjaan untuk pendapatan masa depan, sebagai contoh melabur dalam generasi akan datang dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa agar mereka kelak boleh bekerja di luar negara pada masa hadapan.

Berdasarkan laporan itu juga, peralihan daripada menjalani kehidupan mereka mampu kepada mencari jalan menampung kehidupan yang mereka mahu, katanya.

Penyelidikan oleh Hill Asean itu adalah berasaskan “sei-katsu-sha”, yang merupakan falsafah bagi mendapat pemahaman mendalam tentang gaya hidup, aspirasi dan impian penduduk di negara-negara Asean.

Selain itu, penyampai lain merupakan pengurus perancangan strategik Hill Asean Daniel Lim Kuo Minh yang turut berucap dalam forum itu berkata, tidak seperti kelas pertengahan tradisi yang berbelanja secara berhemat, perbelanjaan bagi kelas pertengahan tanpa had dianggap sebagai pelaburan pendahuluan di mana manfaat atau nilai daripadanya tidak sepenting seperti pulangan yang diperoleh dalam mencapai gaya hidup yang dihajatinya.

Ini bermakna strategi pemasaran dan komunikasi generasi seterusnya yang menyasarkan kumpulan ‘pertengahan tanpa had’ perlu menumpukan kepada mereka bentuk dan memaksimumkan pulangan bagi pelaburan, katanya.

Kaji selidik itu memantau pendekatan tingkah laku, pendapatan, perbelanjaan dan gaya hidup berbeza di lima bandar raya Asean Singapura, Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta dan Ho Chi Minh City. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli