Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

3 Model Kereta Proton Masuk Pasaran Chile

No Comment

Proton Holdings Bhd memasuki semula pasaran Chile dengan tiga model kereta.

Model yang akan dieksport adalah Proton Preve, Exora dan juga Saga.





Kereta-kereta ini akan dipasarkan di bandar raya utama Chile iaitu Santiago, Concepcion Vina La Serena, Antofagasta dan Valdivia Temuco Osomo.

"Kereta Proton akan dijual oleh Andes Motor, unit Kaufmann Group, pengedar bagi Chile yang memeterai perjanjian pengedar dengan Proton pada 1 Julai, 2015," kata syarikat itu.

Ketua Pegawai Esekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, rancangan ini bermula apabila Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Chile dimeterai pada 25 Februari, 2012.

"Proton menikmati pengecualian duti import enam peratus dan kami berterima kasih kepada kerajaan Malaysia atas inisiatif perdagangan ini yang membolehkan kami mengenal pasti pasaran berdaya maju bagi kereta pemanduan sebelah kiri daripada kami," katanya.

"Kami teruja untuk memasuki semula pasaran Chile selepas menjual hampir 3,000 kereta dari 1994 hingga 1998," katanya yang juga menambah rakan kongsi Proton, Kaufmann Group merupakan pengedar utama bas, trak, kereta mewah dengan dengan rangkaian meluas wakil pengedar dan perkhidmatan selepas jualan.

Tambah beliau juga, Proton akan menjadi satu-satunya jenama kereta penumpang Kaufmann Group yang akan dipasarkan bagi pasaran besar-besaran.

Kali terakhir Proton mengeksport kereta ke Chile adalah pada 1998 dengan mengeksport kereta Proton Wira. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli