Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

2 Lelaki Berputih Mata Lembu Curi Rentung Dalam Kereta

No Comment

JERTIH, 16 Mac - Dua lelaki terpaksa berputih mata apabila lembu yang dipercayai dicuri oleh mereka rentung apabila kereta yang digunakan oleh mereka untuk melarikan haiwan itu terbakar selepas terbabas.

Dalam kejadian yang berlaku pada 4 pagi tiu, seekor lembu betina ditemui mati dalam kereta jenis Nissan Cefiro yang hangus terbakar di tapak pasar malam Bukit Kenak di sini.

Menurut Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, sebelum kejadian kereta peronda polis terserempak dengan kereta suspek dalam keadaan mencurigakan di Kampung Jabi kira-kira jam 3.40 pagi.

Menyedari mereka diekori polis, suspek bertindak melarikan diri ke arah Jertih tanpa mengendahkan arahan polis supaya berhenti.

"Bagaimanapun ketika sampai di Kampung Bukit Kenak, kereta suspek terbabas ke kanan jalan kemudian berasap lalu terbakar.

"Suspek  berjaya keluar daripada kereta yang sedang terbakar untuk melarikan diri namun seorang daripada mereka berjaya diberkas polis," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Anggota bomba dipanggil untuk memadamkan kebakaran dan setelah api berjaya dipadam didapati seekor lembu rentung didalamnya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli