Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) 2 Objek Mencurigakan Berbentuk Balang di KLCC Berjaya Dimusnahkan


Kuala Lumpur , 9 Mac - Polis hari ini berjaya memusnahkan dua objek mencurigakan yang diletakkan di satu kawasan popular di Aquaria KLCC.

Memetik portal Malaysiakini, Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat, Hang Tuah, Fuad Omar memberitahu bahawa bahan letupan itu berjaya dimusnahkan menggunakan robot yang dikawal oleh unit pemusnah bom pada 7.45 malam.

"Bom diletakkan dalam balang. Tiada kejadian yang tidak diingini," katanya ketika dihubungi. -

Menurut Fuad, seorang pekerja Aquaria KLCC ternampak balang itu pada kira-kira jam 5.30 petang dan meletakkanya berhampiran sebuah tong sampah berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Anggota keselamatan KLCC yang mengesyakit sesuatu tidak kena kemudian menghubungi pihak polis yang seterusnya menghantar skuad bom.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Zainol Samah berkata butiran lanjut akan diberikan kepada media tidak lama lagi.

Pihak polis masih lagi di tempat kejadian untuk mengenalpasti bahan yang digunakan untuk membuat objek itu. - Siakapkeli.my


Baca : Siasatan Awal Dapati 2 Objek Mencurigakan Adalah Bahan Ujikaji Pelajar Sekolah - KPN




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli