Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

11 Pemancing Dikhuatiri Hilang Sejak Ahad


BACHOK, 29 Mac: Sebelas orang pemancing termasuk seorang awak-awak bot dikhuatiri hilang dalam perjalanan pulang dari memancing berhampiran pelantar minyak Lawit.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kapten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata bot berkenaan dipercayai mengalami kemalangan.

Kesebelas mereka sepatutnya pulang ke jeti Pantai Kemasin, Bachok pada petang Ahad namun selepas dua hari mereka masih gagal dihubungi.

Pihak APMM telah menghantar dua kapalnya untuk mencari dan mengesan bot berkenaan. Sehingga kini masih belum ada maklumat berkenaan bot tersebut. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli