Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Cincang Kemaluan Suami Akibat Curang

No Comment


MOMBASA, KENYA - Seorang wanita yang berang dengan suaminya yang curang bertindak mencincang kemaluan lelaki itu sehingga hampir terputus dua.

Laporan dari Metro.co.uk melaporkan, wanita terbabit terserempak dengan suaminya yang sedang bermesra dengan wanita lain di sebuah pub di bandar tersebut.

Sebaik sahaja suaminya itu sampai di rumah, wanita terbabit kemudian mencapai pisau di dapur dan menyerang suaminya di bahagian kemaluan.

Jirannya yang terdengar bunyi bising pergi ke rumah terbabit dan menemui lelaki terbabit terbaring dengan tompokan darah di kemaluan.

Lelaki tersebut telah dikejarkan ke hospital namun gagal diselamatkan kerana kehilangan darah.

"Ketika kami ke sana (rumah pasangan itu), kami menemui lelaki itu terbaring berlumuran darah," kata jirannya, Haningtone Ochieng.

Polis kini dalam proses mengesan wanita berkenaan yang dipercayai sedang bersembunyi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli