Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Virus Zika Dikesan di Indonesia


Indonesia - Virus Zika, virus yang boleh menyebabkan kecacatan otak, dikesan oleh pasukan penyelidik ketika menjalankan kajian berkaitan demam denggi di sekitar Indonesia.

Menurut Institut Molecular Biologi Eijkman, seorang lelaki berusia 27 tahu di Jambi dikesan dijangkiti virus terbabit.

Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati lelaki tersebut tidak pernah melakukan perjalanan ke luar negara.

"Daripada 103 spesimen yang didapati negatif untuk deman denggi sebaliknya satu didapati positif untuk Zika," kata Timbalan Pengarah Institut Eijkman, Herawati Sudoyo kepada AFP.

Menurut Sudoyo, sampel tersebut diambil ketika wabak denggi melanda Jambi antara Disember 2014 hingga April 2015.

"Penemuan itu membawa kepada kesimpulan virus itu sudah agak lama merebak ke Indonesia," katanya.

Zika merupakan virus yang boleh disebarkan menerusi nyamuk yang sama membawa virus denggi iaitu nyamuk Aedes.


Antara simpton Zika adalah selsema, sakit kepala, lenguh sendi dan ruam.

Virus terbabit dikatakan boleh membawa kerosakan otak terutamanya kepada bayi yang baru sahaja lahir.


Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini mengesahkan bahawa tiada virus Zika di Malaysia.

Bagaimanapun, kementerian itu turut berkata menghalang kemasukan virus ini ke Malaysia adalah sesuatu yang sukar namun langkah-langkah telah diambil untuk mengatasi virus terbabit dari memasuki Malaysia. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli