Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Rumput Guling Hampir Lumpuhkan Beberapa Bandar Di Australia


Sydney: Jika dikebanyakan negara di dunia banjir dan salji tebal dianggap sebagai bencana alam yang menyukarkan aktiviti ekonomi, tetapi lain pula yang berlaku di beberapa bandar di Australia.

Rumput kering bergolek ataupun dikenali sebagai Tumbleweed’ dikhabarkan telah membuatkan bandar Wangaratta yang terletak di Victoria hampir lumpuh apabila memenuhi laman rumah hingga menenggelamkan kereta serta menyebabkan pintu tidak boleh dibuka.

'Serangan' rumput-rumput kering yang kita sering lihat ada didalam filem 'cowboy' itu bukanlah perkara baru di sini kerana ia berlaku hampir setiap tahun ketika musim panas namun kali ini 'serangan' itu agak luar biasa.


Rumput-rumput kering yang berguling dibawa angin ini akan terkumpul di kawasan perumahan penduduk membuatkan laman dan belakang rumah dipenuhi rumput ini hingga menenggelamkan kereta.

Penduduk bandar yang terletak 250 kilometer dari Melbourne itu menghabiskan berjam-jam membersihkan rumput berkenaan menggunakan pencakar atau mesin peniup daun.

Penduduk, Jordan Solimo, berkata dia tidak boleh membuka pintu belakang sebelum menyedari ia terhalang oleh ribuan rumput berkenaan.

“Biasanya saya menunggu ia dibawa angin atau membersihkannya sendiri sebelum serangan baru berlaku,” katanya. - Siakapkeli.my




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli