Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Mukhriz Umum Lepaskan Jawatan Menteri Besar Kedah Serta Merta


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu sidang media sebentar tadi mengumumkan meletak jawatan serta merta.

Beliau mengumumkan demikian di  Bilik Gerakan Negeri,Aras 6 Block E Wisma Darul Aman.




#Terkini - Video perletakan jawatan MB Kedah sebentar tadi.
Posted by Rozairi Abd Rahman on Tuesday, February 2, 2016

Keputusan ini dibuat selepas kepimpinan UMNO Kedah telah menyatakan hilang keyakinan kepada kepimpinan beliau dua minggu yang lalu.

Selain itu Mukhriz dikatakan terpaksa berbuat demikian selepas Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati bahawa Adun Ayer Hitam itu telah hilang kepercayaan daripada majoriti Adun negeri itu.

Difahamkan, istiadat angkat sumpah Menteri Besar akan diadakan pada Khamis ini.- Siakapkeli.my

SAH. Mukhriz letak jawatan Menteri Besar Kedah berkuatkuasa serta merta.
Posted by Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad on Tuesday, February 2, 2016



Berita selanjutnya akan menyusul
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli