Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video Mangsa Buli Dipaksa Jilat Jalan, Menyalak Seperti Anjing Jadi Viral

Keratan video

PETALING JAYA, 2 Feb: Satu video yang merakamkan dua pelajar sekolah dibuli oleh sekumpulan remaja menjadi viral di media sosial.

Klip video berdurasi 35 saat yang dimuat naik di Facebook pada Sabtu, telah ditonton lebih dari 45,000 kali dan mendapat sekurang-kurangnya 184 komen yang mengutuk tindakan kumpulan terbabit.

Di dalam video tersebut merakamkan seorang pelajar sekolah menengah dipaksa menjilat jalan oleh sekumpulan remaja. Selain itu turut kelihatan seorang rakan mangsa berdiri di berdekatan.

Menurut laporan The Star, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata enam remaja berusia antara 18 hingga 20 tahun ditahan berikutan kejadian.

"Kesemua suspek ditahan pada Isnin. Kami juga turut merampas enam telefon bimbit"

"Mereka direman tiga hari sehingga Khamis ini", kata beliau.

Menurut Zani juga, siasatan mendedahkan mangsa merupakan seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Sea Park di sini.

Keratan video

"Suspek memaksa mangsa menjilat jalan dan menyalak seperti anjing selepas mangsa dituduh mengambil gambar wanita tanpa kebenaran", katanya sambil menambah insiden berlaku pada minggu terakhir bulan Januari. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli