Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Bapa Berang, Dakwa Pengasuh Taska Cuai Sebabkan Bayi 17 Bulan Melecur Teruk



Seorang lelaki yang merupakan bapa kepada seorang bayi berumur 17 bulan melahirkan rasa terkilan selepas mendakwa anak kecilnya mengalami kecederaan teruk disebabkan kecuaian pengasuh sebuah taska.

Kejadian ini diceritakan sendiri oleh beliau melalui laman Facebooknya bernama Azri Zakaria, di mana menurutnya anaknya itu mengalami melecur di sebagian muka dan badan akibat kecuaian pengasuh sebuah taska yang terletak di Lembah Keramat, Kuala Lumpur.

Apa yang lebih dikesalkan oleh beliau, pihak taska tidak mengambil sebarang tindakan awal untuk menghantar anaknya itu mendapatkan rawatan di pusat kesihatan terdekat selepas kejadian berkenaan terjadi.

Sebaliknya dia dan isteri  yang bergegas ke taska sebelum menghantar sendiri anak mereka itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa dengan pihak taska kerana ketika seharian dihospital, pihak taska pula hanya menjemput mereka untuk berbincang sedangkan secara logiknya anak mereka sakit dihospital, sepatutnya pihak taska yang datang menjenguk.

Berikut adalah tulisan penuh beliau.



INSIDEN DI TASKA SUTERA ILMIAU5, LEMBAH KERAMAT, KLMasih tidak kelihatan seorang pun wakil dari taska anak kami utk...
Posted by Azri Zakaria on Sunday, February 21, 2016

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli