Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ular Sawa Gigit Kepala Budak Sedang Tidur

No Comment


AUSTRALIA - Seorang ibu terkejut apabila mendapati seekor ular sawa sedang menggigit kepala anaknya yang sedang tidur.

Kejadian tersebut disedari oleh ibu kanak-kanak tersebut, Tammy, selepas mendegar jeritan kuat kanak-kanak itu.

Tammy bertindak pantas dengan merentap ular sawa berkenaan dari kepala anaknya, Tyler, dalam satu kejadian yang berlaku pada Khamis lepas.

Selain kepala, Tammy juga memberitahu paramedik bahawa anaknya itu luka di bahagian tangan akibat digigit.

Kejadian tersebut dikongsi ke Facebook berserta gambar seorang lelaki yang sedang memegang bangkai ular terbabit yang telah pun dibunuh.

Sementara itu, keluarga Tammy menafikan bahawa ular tersebut adalah binatang peliharaan mereka. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli