Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tutup Jalan Raya Untuk 'Lumba Halal' Mat Motor - Tengku Adnan



KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku berkata kerajaan akan berbincang untuk mewujudkan program khas bagi membolehkan penunggang motosikal tegar atau 'mat motor' berlumba secara sah di jalan raya sekitar ibu kota.

Menurut beliau, ia sebagai satu usaha untuk mendekati kumpulan tersebut dan mengelakkan mereka dari terus terjebak dalam gejala lumba haram dan masalah sosial berkaitan kegiatan tersebut.

"Mungkin kita boleh ambil sehari atau dua hari dalam seminggu dan kita buat macam program KL Bebas Kereta, tetapi ini untuk motosikal sahaja di mana mereka boleh berlumba pada waktu siang atau malam.

"Kita akan tutup jalan-jalan terpilih di sekitar Kuala Lumpur untuk dijadikan litar mereka berlumba sementara pihak berkuasa akan kawal dan siapkan ciri-ciri keselamatan seperti penghadang dan sebagainya," katanya sebagaimana lapor Astro Awani.

Menurut Ku Nan lagi, kerajaan memahami kekangan kewangan yang dihadapi oleh golongan ini untuk medium hiburan lain.


"Kerajaan faham bahawa ini mungkin satu-satunya hiburan untuk mereka kerana kebiasaan 'mat motor' ini kalau yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan jawatannya hanya pembantu rendah awam manakala yang bekerja di sektor swasta, paling tinggi pun kerani.

"Jadi mungkin mereka menghadapi kekangan kewangan untuk medium hiburan lain," katanya.

Selain itu, Ku Nan turut melihat program ini dapat mencungkil bakat-bakat dan kebolehan anak muda dalam bidang permotoran.

"Mungkin kita boleh anjurkan program untuk mereka membuka dan memasang semula bahagian enjin dan badan motosikal atau mengubah suainya. Kita boleh beri bahagian dan alat ganti yang baharu untuk mereka olah motosikal mereka.

"Daripada situ juga mereka boleh latih kemahiran jadi mekanik, seterusnya buka bengkel dan naikkan taraf hidup mereka," jelasnya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 2 ulasan )
  1. Jika begini tahap pemikiran Taraf menteri lebih baik letak jawatan je ... dah tau rakyat x mampu sediakanlah litar percuma/mampu milik...kan lebih baik..&

    BalasPadam
  2. Jika begini tahap pemikiran Taraf menteri lebih baik letak jawatan je ... dah tau rakyat x mampu sediakanlah litar percuma/mampu milik...kan lebih baik..&

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli