Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tumbuk Pemandu Bas Sekolah : Fifi Mengaku Tidak Bersalah



Klang: Seorang operator kren yang didakwa hari ini di Mahkamah Sesyen disini atas tuduhan menyebabkan kematian seorang pemandu van sekolah pada 3 Februari lalu tidak mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Lelaki terbabit tidak mengaku bersalah atas kesalahan menyebabkan kematian Mohamad Izhharuddin Nordi, 23, di Jalan Sungai Udang di sini dalam kejadian yang berlaku pada 6.40 petang.

Tertuduh, Mohd Fifi Md Yousoff, 29, yang memohon untuk dibicarakan dituduh mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara 20 tahun dan denda.

Hakim Suzana Hussin menetapkan 18 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, kes tertuduh menumbuk Mohammad Izharuddin selepas berang mangsa tertinggal untuk mengambil anak saudaranya mendapat perhatian dari rakyat Malaysia. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli