Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

TMJ Balas Kritikan "Isu Bersalam" Dengan Video Pendek Ini

No Comment


PETALING JAYA: Berikutan kritikan-kritikan dari netizen berhubung tindakannya bersalaman dengan isteri pemain Johor Darul Ta'zim, Safiq Rahim, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjawab kritikan itu melalui satu klip video sindiran yang dipaparkan di Facebook Johor Southern Tigers.

Apa yang menarik di sini adalah, TMJ tidak memakai sarung tangan, tapi menggunakan tangan watak adiwira Hulk untuk bersalam dengan dua orang wanita di dalam video tersebut.

Sebelum ini, TMJ telah membidas kritikan-kritikan sesetengah individu yang mengkritik tindakannya itu menerusi satu posting di Facebook.

"Hanya Allah boleh membuat keputusan sama ada amalan kita diterima atau tidak. Hanya Allah yang boleh menilai sama ada kita ke syurga atau neraka.

"Kita hanya manusia dan oleh itu tidak perlu menghukum orang lain terutama perkara-perkara kecil. Islam adalah tentang kasih sayang dan menghormati antara satu sama lain, bukan tentang menghakimi orang lain terutama apabila ia melibatkan kebencian," katanya pada Isnin. - Siakapkeli.my


Pada suatu ketika di Padang Seri Gelam. Perkara yang aneh telah berlaku sebentar tadi.----A very unusual incident happened at Padang Seri Gelam some time ago.
Posted by JOHOR Southern Tigers on Monday, 22 February 2016
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli