Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tinggalkan Kekasih Selepas Keluarga Lelaki Hidang Makanan Tidak Setaraf


JIANGXI-CHINA: Gara-gara hanya menghidangkan makanan yang tidak setaraf (sederhana) pada perayaan Tahun Baru China oleh keluarga kekasihnya, seorang wanita mencetuskan kontroversi apabila dikatakan memutuskan hubungan dengan kekasihnya itu.

Memetik laporan Shanghaiist.com, wanita berkenaan yang merupakan seorang anak jutawan telah menjalinkan hubungan dengan teman lelakinya sejak setahun lalu.

Hubungan mereka mendapat tentangan daripada keluarga kedua dua belah pihak namun mereka meneruskan hubungan tersebut kerana beranggapan ianya akan menjadi lebih baik selepas berkahwin.

Bagi keluarga sebelah wanita, mereka menentang kerana bimbang jika teman lelaki anak mereka itu tiadak mampu untuk menyediakan tempat tinggal kepada anak mereka itu selepas berkahwin kerana lelaki berkenaan daripada keluarga yang miskin.

Kejadian berkenaan terjadi apabila teman lelaki wanita tersebut membuat keputusan untuk membawa teman wanitanya itu berjumpa keluarganya buat pertama kali di kampung.


Keadaan yang pada mulanya dilihat berjalan lancar tiba-tiba berubah apabila mereka duduk bersama di meja makan untuk menikmati hidangan Tahun Baharu Cina.

Wanita tersebut menyatakan dia sangat terkejut melihat hidangan makanan yang dianggap tidak setaraf dengan kedudukannya menyebabkan dia terus meninggalkan teman lelakinya dan pulang ke Shanghai.

Insiden tersebut kemudiannya dikongsikan oleh wanita terbabit menerusi aplikasi sosial terkenal di China, Weibo.

Ia mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya mengecam tindakan wanita itu yang dikatakan terlalu memilih dan angkuh dengan apa yang dimiliki. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli