Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terpaksa Tahan Sakit Kaki Tersepit Celah Longkang Depan Sekolah

No Comment


PUCHONG - Seorang pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah kebangsaan Puchong Permai terpaksa menahan sakit selama 15 minit apabila kakinya tersepit di besi penutup longkang di hadapan sekolah tersebut pagi tadi.

Pelajar itu dikatakan baru melintas jalan utama Persiaran Permai bersama rakannya dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.40 pagi itu.

Sumber dari laporan Sinar Online berkata, mangsa dipercayai tidak sedar bahawa satu dari besi penutup longkang itu sudah reput dan patah ketika dipijak untuk dilalui olehnya.

Akibat dari itu kaki mangsa terperosok ke dalam longkan di celah-celah besi itu.

Pelajar tersebut menangis dan terpaksa menahan kesakitan sebelum orang ramai memoton besi itu untuk mengeluarkan kakinya.

"Dia yang bersekolah sesi petang mengalami luka ringan dan tercalar akibat bergesel dengan besi," katanya.

Selain itu, Sinar Online juga berkata mereka difahamkan aduan mengenai kerosakan telah pun beberapa kali dibuat namun tiada tindakan diambil sehingga kejadian berlaku pada pagi tadi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli