Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tahukah Anda Bahawa Ais Krim Koktail Bercampur Sumi Telah Mendatangkan “Keburukan”?


Sejak kebelakangan ini nampaknya 'trend' ais krim Malaysia yang merupakan makanan kanak-kanak pada zaman dahulu sudah kembali diperkatakan apabila pelbagai resepi yang lebih sedap mula dikongsikan.

Bermula daripada seorang wanita yang berkongsikan resepi berkenaan di dalam sebuah group masakan di facebook dan kini menjadi ikutan dan kegilaan ramai orang dimana ternyata ramai yang mencuba dan berkongsikan kenakannya dimakan terutama pada waktu tengahhari yang panas.

Tetapi tahukah anda bahawa ais krim koktail campuran susu dan sumi ini mendatangkan keburukan kepada admin dan orang lain?

Jom kita tengok apa keburukannya.


  1. Santan di kedai semua habis termasuk santan serbuk dan buah kelapa tua (untuk resepi yang guna santan)
  2. Plastik aiskrim di pasar raya habis licin dibeli termasuklah saya
  3. Susu pekat pun habis dibeli termasuklah saya
  4. Lembu nak keluar susu pun menangis sebab tak sempat nak rehat
  5. Sumi habis, budak-budak nak makan sumi pun yellek di kedai
  6. Aiskrim sudah dibuat, tak sempat nak mengeras dah kena bedal dengan anak-anak sebab terlalu sedap
  7. Diet saya pun kelaut gara-gara aiskrim sumi
  8. Kilang-kilang aiskrim terpaksa tutup kedai sebab orang dah tak beli produk mereka lagi kerana tidak dapat menandingi kesedapan aiskrim sumi ini. 

Betul atau tidak ia merupakan keburukan kepada kita? jangan marah yer...saja nak gurau-gurau dengan sahabat-sahabat SK.

Kalau ada yang terasa SK mintak maaf, kalau ada yang nak maki, istighfar banyak :)

Nah resepi ais krim ni. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 2 ulasan )
  1. Mmg bahaya..poketku kering sbb nk way aiskrim ni..haha..hadoi!!

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli