Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sepatutnya Saya Yang Tolong Dia, Tapi Dia Yang Tolong Saya

No Comment

Kehidupan kita seharian rakyat Malaysia terutamanya di kota sudah pasti akan melalui kesibukan terutamanya ketika dalam perjalanan pergi dan pulang dari kerja.

Sudah pasti dalam perjalanan tersebut yang kita harungi seharian menyebabkan pelbagai pengalaman sekeliling akan kita tempuhi.

Seorang wanita bernama Nurul Syahidah Ramli telah berkongsikan di laman Facebooknya mengenai kisah dia dengan seorang lelaki buta semasa pulang daripada kerja yang cukup memberi pengajaran kepada kira.

Jom kita baca.

Pertama kali keluar air mata dalam bas dikelilingi orang ramai. Terpaksa buat-buat sibuk pandang ke luar.

Dalam dompet saya cuma ada rm10. Saya dah niat awal-awal nak tukar duit di kaunter lrt.
6.28pm saya keluar dari pejabat berjalan ke stesen kerinchi. Tunggu bas macam biasa nak balik ke rumah. (Ada yang pernah tanya kenapa tak bawa kereta, tapi sanggup bersesak dengan makcik-makcik cleaner, dan orang asing. Tak apa saya ada sebab saya)

Tiba-tiba saya nampak bas di simpang jalan, sy genggam rm10 dan tak fikir panjang, terus naik. Ayat pertama saya tanya dengan driver bas, "Ada duit kecik tak? Saya tak ada". Dia geleng tanpa senyum dan sy mintak izin untuk duduk dulu dan tanya dengan penumpang lain. Memang semua pandang saya. (Memang terus rasa kenapa tak senyum? Huhu)

"Akak, ada duit tukar tak?". Saya sempat tanya kepada 2 orang kiri kanan saya. "Tak ada". Sambil terus main telefon.

Saya teruskan buka satu persatu zip beg kerja. Doa-doa ada duit atau syiling. Tak jumpa. Tapi depan mata saya, saya sempat nampak pakcik ni bukak dompet dan cari-cari duit. Dia buta atau tak berapa jelas penglihatan. Either one.

Saya angkat kepala, pakcik yg tua ini yang hulurkan rm1. Sedekah untuk saya sambil suruh masukkan dalam box duit. Saya pandang dia terharu dan malu. Padahal, dia yang lebih perlukan duit. Saya hulur rm10, dia tolak.

Hilang letih sakit saya bila pakcik hulurkan duit. 😢

Pakcik, insyaAllah depan kaabah, saya doa semoga Allah beri barokah dan syurga buat pakcik.

Betul, tak tunggu awak sihat dan kaya baru nak bersedekah. Ihsan sesama manusia kan wujud. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli