Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Seorang Lelaki Dihanyutkan Air Korban Pertama Banjir Di Sarawak

No Comment

KUCHING: Banjir yang melanda negeri Sarawak nampaknya telah mengorbankan mangsa pertama selepas seorang lelaki telah dihanyutkan arus deras Sabtu lali dan mayatnya telah berjaya dijumpai pada pukul 5.50 petang semalam, lapor Bernama.

Mangsa, Judus Jalina, 20,  telah dihanyutkan arus deras sungai di Kampung Maang, Jalan Kuching-Serian, kira-kira 55 kilometer dari Kuching kira-kira jam 9 malam Sabtu lalu ketika menagsa sedang meredah banjir untuk pulang ke rumahnya bersama dua rakannya.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sini, mayat Judus ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 150 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.

Jurucakap itu berkata mayat Judus telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Dengan penemuan mayat itu pasukan mencari dan menyelamat menamatkan operasi pada pukul 6.30 petang tadi," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli