Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Semua Harga Kereta Proton Akan Naik Berkuatkuasa Pertengahan Bulan Februari Ini


KUALA LUMPUR: Sejajar dengan kesan kejatuhan ringgit, pihak pengeluar kereta nasional negara PROTON Holdings Bhd (PROTON) akan menaikan harga kesemua jenis model kereta keluaran mereka berkuat kuasa 15 Februari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak PROTON, kenaikan adalah sebanyak RM312 sehingga maksimum RM2,021 bergantung kepada varian model.

Kesan kejatuhan ringgit menyebabkan kebanyakan bahan mentah dibeli dalam mata wang asing sekaligus memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian ekosistem.

Kenaikan harga baru yang berkuatkuasa pertengahan Februari ini akan mengurakan impak yang memberi kesan kepada keuntungan PROTON sejak Ogos 2015, syarikat itu berusaha dalam mengurangkan kos operasi dan melaksanakan rasionalisasi operasi, yang mana perlu.

Senarai penuh semakan semula harga itu akan dinyatakan dalam laman sesawang PROTON apabila harga baharu berkuat kuasa. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli