Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Sejak Bila Pula Muhyiddin Mewakili Johor?" - Nazri



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebelum ini berkata beliau akan mengusulkan supaya keahlian Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti tersebut esok.

Nazri berkata, prestasi Umno di Johor tidak akan terjejas jika Muhyiddin digantung dari parti kerana Ketua Umno Bahagian Pagoh itu bukan mewakili suara majoriti Umno Johor.

"Sejak bila pula Muhyiddin mewakili Johor?

Ketua Umno Johor adalah Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Nazri berkata sedemikian ketika ditanya mengenai bakal akibat di Johor sekiranya tindakan tersebut diambil keatas Muhyiddin berikutan tindakan Muhyiddin yang secara terbuka mengkritik Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Nazri berkata beliau akan mengemukakan aduan terhadap tindakan Muhyiddin yang membelakangi presiden parti dan seterusnya mengusulkan supaya keahliannya digantung. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli