Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sebagai "Tuan Rumah" Rakyat Malaysia Perlu Tunjuk Budi Bahasa Kepada Pekerja Bangladesh - Menteri Perlancongan

One Comment

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menggesa rakyat Malaysia yang bergelas tuan rumah perlulah menunjukkan budi bahasa baik kepada pekerja Bangladesh yang tiba di negara ini untuk berkhidmat di dalam sektor tidak diminati rakyat tempatan.

"Jangan perkecilkan sumbangan mereka pada ekonomi kita, tanpa kehadiran pekerja Bangladesh ini, industri akan lumpuh tanpa sumbangan mereka."

"Kita perlukan mereka, maka jadilah tuan rumah yang berbudi bahasa kerana mereka melakukan kerja yang tidak dikehendaki rakyat Malaysia," katanya dipetik laporan The Malaysian Insider sewaktu mengulas rancangan Putrajaya membuka pintu kepada rancangan Dhaka menghantar 1.5 juta orang tenaga kerjanya keluar dari Bangladesh.

Nazri dalam pada itu mengingatkan supaya rakyat Malaysia tidak perlu terkejut dengan angka 1.5 juta kerana ia tenaga kerja tersedia dari Bangladesh untuk mana-mana negara dan tidak terhad kepada Malaysia sahaja.

"Ia tidak bermakna 1.5 juta orang akan datang ke Malaysia.

"Apabila kita perlukan, kita bawa mereka masuk, Mereka tak ambil kerja kita pun. Mereka buat kerja yang kita tak mahu lakukan," kata Nazri. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. habis pendatang asing dan pekerja asing yang ada skrg ni apa fungsi mereka?

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli