Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Saya Boleh Hasilkan Filem Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, Tapi..


Pengarah filem terkenal tanah air, Aziz M Osman semalam menyatakan keyakinan beliau mampu untuk menghasilkan sebuah filem yang mengisahkan tentang kehidupan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat suatu hari nanti.

Beliau bagaimanapun memberitahu impiannya itu akan dapat direalisasikan sekiranya masyarakat negara ini bersatu dari segi hati dan pemikiran.

"Kenapa tidak (saya buat filem tentang Allahyarham)? Ia tidak mustahil dapat dilakukan. Dan kalau saya mahu buat filem tentang Allahyarham, saya mahu ceritakan bagaimana Allahyarham mendidik kita semua dalam soal hudud.

"Meskipun negara kita tidak mengamalkan hudud, tetapi Allahyarham sudahpun mengamalkan hudud secara psikologi," katanya dipetik dari laporan Sinar Harian ketika ditemui pemberita selepas program Mengenang Murobbi Ummah, di Myharakah Bazaar, di sini, hari ini.

Aziz dalam pada itu menjawab ketika ditanya mengenai apa yang akan didekatinya untuk menghuraikan perwatakan Allahyarham dalam filem itu.

"Saya mungkin akan melihat dari sudut pandangannya sendiri memandangnya raut wajah Allahyarham seiras dengan bapa saya(M.Osman)."

"Itu saya tidak tahu lagi. Mungkin saya akan melihatnya dari sudut peribadi sendiri atau mungkin tidak. Kalau ada rezeki suatu hari nanti, InsyaALLAH saya akan buat filem Allahyarham," jelasnya lagi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli