Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ringgit Adalah Matawang Asia Paling Buruk Jatuh Ketika Ini


SINGAPURA: Berdasarkan perkembangan semasa matawang Asia hari ini, ringgit dilihat terus menerajui kejatuhan dalam kalangan mata wang negara membangun Asia berikutan harga minyak mentah terus jatuh dan aktiviti perkilangan global kekal lemah, mengurangkan selera pelabur bagi aset yang lebih berisiko.

Memetik laporan Berita Harian, ringgit juga menerima tekanan lanjut daripada kebimbangan diperbaharui berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Tingakan pihak berkuasa Singapura yang menahan sejumlah besar akaun bank dalam beberapa bulan kebelakangan ini sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung kemungkinan 1MDB terbabit dalam pengubahan wang haram.

Bagi Won Korea pula, ia dilihat susut inflasi Januari semakin perlahan ke paras terendah empat bulan, menambahkan lagi tekanan ke atas bank pusat bagi pengurangan lanjut kadar faedah.

Manakala nilai Dolar Taiwan pula mengalami peningkatan berikutan peningkatan permintaan korporat sebelum cuti Tahun Baharu Cina minggu depan.

Harga minyak meneruskan kejatuhan disebabkan kebimbangan berhubung keadaan ekonomi pengguna tenaga terbesar, China dan pertambahan bekalan.

Pasaran saham Asia jatuh "Aset berisiko termasuk mata wang Asia belum lagi menjumpai momentum kenaikan. Malahan, belum ada kemungkinan untuk kita menyaksikan pengukuhan dalam tempoh singkat dalam data ekonomi," kata Jeong My-young, ketua penyelidik di Samsung Futures di Seoul.

Ringgit semakin jatuh berikutan peningkatan kebimbangan berhubung penyusutan pendapatan minyak dan gas Malaysia dan menyebabkan tekanan kepada atas kewangan kerajaan. Malaysia adalah pembekal utama minyak sawit dan gas asli cecair. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli