Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Remaja Dipercayai Dirasuk Makhluk Halus Panjat Bumbung

No Comment


Petra Jaya, 14 Feb: Pihak bomba berjaya membawa turun seorang remaja lelaki yang dipercayai dirasuk makhluk halus yang duduk diatas bumbung sebuah surau di Bandar Baru Samariang di sini dalam kejadian yang berlaku semalam.

Remaja 15 tahun itu dipercayai dirasuk makhluk halus dan naik ke atas bumbung dengna memanjat pokok atau kanopi yang dipasang berhampiran.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Muhd Mirza Dzalmira Miraj, sebaik sahaja tiba di lokasi pihak bomba cuba naik dengan meletakkan tangga di sisi bangunan.

Bagaimanapun, remaja tersebut bertindak menyepak tangga itu dan menjeling dengan muka bengis pada anggota bomba yang menyuluh lampu ke arahnya.

"Ketika azan berkumandang, remaja terbabit beberapa kali memukul pembesar suara.

"Kami terpaksa tenangkan dia dan tunggu sehingga betul-betul dia tenang sebelum tiga anggota berjaya memegang badan mangsa.

"Kami pegang dia erat-erat sehingga dia lemah, pujuk sambil membacakan ayat Al-Quran dan bawa dia turun," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Tambah beliau lagi, remaja tersebut telah diserahkan kepada bapanya untuk dibawa berubat secara tradisional.

Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat terbabit di dalam operasi tersebut. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli