Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rani Kulup Akan Buat Laporan Polis Terhadap KDN


Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Ayahanda akan membuat laporan polis terhadap langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mahu membawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini.

Rani Kulup mendakwa keselamatan itu boleh mengancam keselamatan negara.

Kalau dalam kelompok yang ramai, mereka akan sebarkan fahaman mereka, gempur rakyat negara kita ala samseng,” katanya sebagaimana lapor Malaysiakini.

Tambah Rani Kulup lagi, laporan polis itu akan dibuat pada minggu hadapan.

Dulu mereka jarang-jarang kita nampak di mana-mana ceruk, taman, termasuk hutan," katanya.

"Warga asing ini pandai. Dia berkahwin dengan warga tempatan, gadis-gadis Melayu suka dengan Bangladesh.

"Mereka akan cuba berkahwin dengan orang Malaysia. Dapatlah hak warganegara," katanya.

Rani Kulup juga berkata kerajaan dilihat seperti memandang rendah terhadap kebolehan rakyat dalam melakukan kerja-kerja seperti apa yang dilakukan oleh warga asing.

Kerajaan seperti memandang rendah kepada rakyat negara kita. Bukan rakyat kita tak boleh kerja. Tapi kerajaan kita tak encourage (galakkan) rakyat kita bekerja swasta. Bagi semua pada pekerja asing,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan pelbagai sektor. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli