Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Putus Tangan Semasa Menyamun, Penyamun Melarikan Diri 60KM Untuk Dirawat di Hospital



Kulim, 4 Feb: Tindakan seorang lelaki menyamun di sebuah kedai runcit di Jalan Kelang Lama di sini membawa padah apabila tangan kirinya putus akibat ditetak dengan parang dalam kejadian yang berlaku semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.45 malam itu, lelaki tersebut terpaksa menanggung kesakitan hampir sejam apabila melarikan diri sejauh kira-kira 60 kilomter untuk mendapatkan rawatang di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani sebelum ditahan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad, kejadian tersebut bermula apabila dua suspek memasuki kedai tersebut dan mengeluarkan sebilau pisau dan parang ke arah seorang wanita 59 tahun dan anak lelakinya yang berusia 35 tahun.

Menurut beliau, salah seorang suspek bertindak menarik rambut wanita tersebut menyebabkan anak mangsa cuba membantu lalu berlaku pergelutan.

"Dalam pergelutan itu, anak mangsa mencapai sebilah parang yang diletakkan dalam kedai sebagai langkah keselamatan menyebabkan pergelangan tangan kiri suspek terputus selepas terkena parang itu.

"Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri menaiki sebuah motosikal dengan meninggalkan pergelangan tangan kiri di luar kedai berkenaan," katanya.

Menurut beliau juga, polis yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian kemudian menerima maklumat bahawa supsek mendapat rawatan di HSAH kerana putus pergelangan tangan.

Sepasukan polis kemudian menahan suspek manakala rakannya yang berusia 20-an dipercayai melarikan diri.

"Siasatan awal mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya. - Siakapkeli.my

Foto NST

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli