Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Mengaku Pukul Kerana Tertekan Dengan Sikap Isteri - Polis


JOHOR BAHRU - Susulan satu video viral yang merakamkan aksi seorang lelaki memukul seorang wanita yang dipercayai isterinya menggunakan kasut baru-baru ini, pihak polis telah berjaya menahan lelaki tersebut di Kluang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad, suspek itu yang berusia 44 tahun ditahan di kediamannya di Taman Sri Kluang kira-kira jam 7.30 malam.

Menurut beliau lagi, hasil soal siasat, lelaki terbabit mengaku memukul isterinya kerana tertekan dengan sikap isterinya itu yang suka membebel di sebabkan masalah kewangan.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati lelaki tersebut menghidap penyakit mental dan pernah menerima rawatan di Hospital Kluang.

"Polis telah merampas sepasang kasut berwarna hitam dipercayai digunakan lelaki tersebut untuk memukul isterinya dalam kejadian tiga hari lepas," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli