Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Nafi Berita Viral Di Laman Sosial, Kejadian Berlaku Bukan Kes Culik


SEPANG: Pihak polis semalam telah tampil menjawab isu viral di laman sosial kononnya seorang ramaja wanita telah diculik di sebuah kolej di sini semalam dan mengesahkan kejadian culik adalah tidak berlaku.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, kejadian yang dikatakan kes 'culik' ini berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika remaja perempuan berkenaan ke kolej tersebut bersama ibu dan adiknya untuk mengambil keputusan peperiksaan.

Menurutnya, tidak beberapa lama kemudian, datang teman lelaki remaja tersebut datang mengambil mangsa.

“Adik remaja tersebut yang melihat kejadian itu terus memaklumkan perkara tersebut kepada ibunya.

“Ibu mangsa terkejut dengan tindakan mangsa yang terus meluru menaiki kereta tersebut,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Selepas kejadian itu, ibu mangsa yang berang telah bertindak menghubungi anaknya itu tetapi gagal, malah turut bertindak menghubungi ayah kepada teman lelaki anaknya itu namun ayah teman lelaki anaknya itu mendakwa tidak tahu apa-apa kerana mereka tidak tinggal sekali.

Tambahnya, susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis pada keesokan harinya di Balai Polis Datuk Abu Bakar Baginda untuk tindakan lanjut.

“Siasatan polis mendapati kejadian ini bukanlah kes culik seperti yang tersebar luas di laman sosial Facebook.

“Remaja perempuan itu sendiri dengan rela mengikut teman lelakinya tanpa memaklumkan kepada ibunya yang tidak merestui perhubungan cinta mereka,” katanya.

Pihak polis kini sedang menjejaki teman lelaki mangsa dan selain itu pihak polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam menjadi penyebar berita kerana ia akan menimbulkan kegusaran orang awam.

"Pastikan kesahihan sesuatu kejadian dahulu bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli