Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Akan Siasat Ugutan Mahu Bom Rumah Perdana Menteri



Subang Jaya: Pihak polis akan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook yang membuat ugutan untuk meletupkan rumah Perdana Menteri, Najib Razak.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Sri Noor Rashid Ibrahim, pihaknya memandang serius ugutan yang telah dibuat oleh individu terbabit.

Tambah beliau lagi, pihak polis kini sedang mengesan pemilik akaun tersebut untuk siasatan lanjut sebelum didakwa.

"Saya ingin mengingatkan kepada masyrakat supaya tidak bercakap sesuka hati kerana boleh mendatangkan masalah kemudian hari.

"Individu ini akan didakwa selepas polis mengenal pasti pemilik akaun yang memuatnaik status berunsur ugutan berkenaan," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Sementara itu, aktivis, Mohd Ali Baharom, atau Ali Tinju, telah membuat laporan polis mengenai perkara tersebut di pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi pada pagi tadi.

Beliau berkata dia membuat laporan berkenaan selepas membaca ugutan itu di aplikasi Whatsapp.

"Ugutan ini amat serius kerana ia boleh menggugat keselamatan awam di sekitar Kuala Lumpur dan juga keselamatan perdana menteri sekeluarga," kata laporan polis berkenaan.

Selain polis, Ali juga turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengesan, menangkap dan menyiasat itu berkenaan dengan segera kerana membahayakan keselamatan awam dan pemimpin negara.

Difahamkan juga, individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut telah menutup akaunnya di laman sosial.

Selain itu Malaysiakini turut melaporkan bahawa individu terbabit mengaku dirinya adalah lulusan komunikasi massa di sebuah universiti di Shah Alam dan merupakan seorang jurutera kanan di sebuah syarikat GLC. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli